Jenis Bahan Dan
Kelengkapan Dalam Penilaian Teknologi
Kurikulum
yang berorientasikan teknologi sering dikaitkan dengan hardware seperti televisyen, projektor, model dan komputer, dan
perisian seperti video kaset, carta, peta, gambar dan buku kerja. Penggunaan
peralatan dan bahan ini penting tetapi bukannya syarat kepada kurikulum
berorientasikan teknologi. Peralatan dan bahan ini dianggap sebagai kelengkapan
yang boleh memaksimumkan keadaan dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran.
Bagi pendidik berorientasikan teknologi, peralatan dan bahan ini adalah
pembantu. Peralatan Membantu pengajaran dan pembelajaran telah digunakan sejak manusia
mula belajar tetapi peralatan bertambah canggih sehingga ramai guru terkeliru
dengan cara penggunaannya. Pada pandangan segelintir guru, kurikulum yang
berorientasikan teknologi ialah kurikulum yang menggunakan banyak perlatan,
terutamanya berbentuk hardware. Oleh
yang demikian dalam kurikulum berorientasikan teknologi, beberapa pilihan harus
ada bagi pencapaian objektif oleh setiap pelajar dalam pelbagai situasi.
Selain
penyediaan hardware, tumpuan juga
harus diberi kepada penyediaan program. Dalam penyediaan program, pendidik
memberi tumpuan kepada organisasi masa,bahan, peralatan, pelajar dan situasi
pembelajaran. Sekiranya pembelajaran itu secara individu, maka organisasinya
disesuaikan untuk memaksimumkan pembelajaran individu. Ini dapat dilihat dalam
individual instruction apabila computer digunakan. Dalam mastery learning pula,
penumpuan diberikan kepada pembelajaran berkumpulan. Bagi menolong pelajar
selepas maklum balas tentang kelemahan pembelajaran diperolehi, melalui ujian
formatif, beberapa pemulihan dicadangkan. Antara cara-cara ini ialah penggunaan
buku teks, buku dan bacaan tambahan, pengajaran melalui kumpulan rakan sebaya
dan ulangkaji luar.
Walaupun
pelajar tidak menjadi tumpuan di bawah konsep kurikulum berorientasikan
teknologi, pelajar mengetahui maklumat tentang tahap penguasaan mereka. Ini
bermakna ujian mempunyai peranan penting. Maklumat daripada ujian berterusan
dijadikan asas kepada pembelajaran seterusnya. Dalam perspektif inilah kita
dapat menyatakan bahawa peralatan sama ada yang terdiri daripada hardware
mahupun perisian ialah perkara kedua dari segi kepentingannya. Penggunaan
perlatan hanya bermakna apabila memerlukan sahaja. Peralatan yang digunakan
dalam sesuatu program tidak mengambil kira penyusunan isi pembelajaran dan faktor
pembelajaran tidak dapat dikatakan sebagai teknologi pembelajaran dan
kurikulumnya tidak boleh diterima sebagai kurikulum berorientasikan teknologi.
Sistem
Penilaian Berasaskan Web
Pentaksiran
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
yang dapat mengumpul maklumat-maklumat yang sah dan boleh dipercayai tentang
prestasi murid secara berterusan. Maklumat-maklumat ini hanya dapat diperolehi
apabila guru mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan
dan penilaian bertulis tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid. Dalam
kajian Hamsiah Mohd Dahalan, melaporkan proses dan hasil dapatan kepada
penilaian formatif sistem pengurusan
pentaksiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (e-SP4), yang mana
Internet telah digunakan sebagai medium pentaksiran. Terdapat empat jenis
penilaian yang telah diguna pakai dalam kajian ini iaitu: penilaian rujukan
pakar, penilaian satu-ke-satu, penilaian kumpulan kecil dan penilaian kumpulan
kajian lapangan.
Pentaksiran berasaskan web merangkumi penggunaan komputer
dan Internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran berasaskan web ini
adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknologi digital
digunakan dalam semua kegiatan-kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran
pentaksiran, penandaan oleh komputer dan alat-alat atas talian, dan semua
proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan
pentaksiran di peringkat sekolah.
Pentaksiran merupakan pusat kepada pengajaran dan pembelajaran. Ia
mengukur sejauh mana keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Amalan pengurusan pentaksiran sesebuah sekolah itu mempengaruhi penglibatan
murid dalam proses pembelajaran. Oleh itu sekolah harus mendapatkan strategi pentaksiran
yang baik bagi memastikan semua pembelajaran murid dapat ditaksir dengan
sebaik-baiknya. Pentaksiran berasaskan web ini berpotensi mengembangkan
pemahaman murid terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan
yang berkesan. Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi
mengenalpasti keperluan murid dan dapat menanamkan keinginan untuk maju jika
guru berupaya mengaitkan murid kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta
memberikan maklum balas serta merta. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat
menyumbang kepada pentaksiran yang berkesan. Antara
kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa, memudahkan menanda
dan penjimatan ruang penyimpanan. Dengan menggunakan komputer, guru akan
mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran
Panduan Membina Soalan
Dalam Penilaian
Pembelajaran adalah proses yang melibatkan kognitif, emosi dan tingkahlaku.
Maka penilaian perlu meliputi semua domain tersebut. Murid memerlukan
rangsangan yang berkesan untuk bertindak balas dalam bentuk tingkah laku dan
pemikiran. Rangsangan juga membantu murid mengingat dan membentuk kefahaman.
Tindakbalas murid terhadap rangsangan adalah pengalaman dan pengalaman adalah
sebahagian daripada proses pembelajaran. Jadual 1 menunjukkan aras kesukaran
soalan yang boleh digunakan dalam penilaian berasaskan teknologi. Sebagai
contoh dalam topik pengiraan statistik, kaedah penilaian tradisional melibatkan
kaedah jalan kerja yang panjang, manakala dengan kaedah teknologi menggunakan
Microsoft Excel, pengiraan statistik menjadi lebih mudah. Oleh itu, aras
kesukaran soalan yang diberikan harus berbeza. Hal ini kerana penggunaan
teknologi memudahkan pencarian jawapan. Oleh itu, bentuk soalan aras tinggi
perlu diberikan lebih banyak jika menggunakan penilaian berasaskan teknologi.
Pelbagai Pilihan
Kaedah Tradisional
|
Konstruk Angka Kaedah
Teknologi
|
Pilihan BETUL / SALAH
|
Jawapan pendek
melengkap ayat
|
Pilihan BETUL / SALAH
dengan penjelasan
|
Melengkap jadual
matrik
|
Pelbagai pilihan dengan
pelbagai media
gangguan
|
Pelbagai pilihan
terbuka
|
Pelbagai jawapan
|
Membina kiasan
|
Melengkap kenyataan
|
Membina peta konsep
|
Mengkategori
|
Esei
|
Pilihan gantian
|
Projek
|
Menyusun hierarki
|
Demonstrasi
|
Membina bukti
|
Temuduga
|
Menyisip
|
Diagnosis
|
Melukis figura/kiasan
|
Membetul Soalan
|
Jadual 1: Perbezaan Aras Kesukaran Soalan
MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH – EBA1053
Kelebihan dan Kelemahan
Menggunakan Teknologi Dalam Penilaian
Dalam menggunakan penilaian berasaskan teknologi, pelajar boleh melaksana
kiraan Matematik dengan cepat dan tepat. Paparan visual lebih statik dan
dinamik. Peranan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang diperlukan
adalah lebih baik. Penggunaan teknologi juga boleh mengenalpasti pengguna yang
sah dan tidak sah melalui kata laluan.Selain itu, teknologi ini mampu mewujudkan
persekitaran interaktif melalui maklum balas. Keputusan penilaian juga dapat
diproses dengan tepat dan cepat. Tambahan pula, paparan pelbagai format
keputusan seperti teks, graf, suara dan jadual adalah lebih jelas dan menarik.
Keputusan penilaian berasakan teknologi juga mudah disimpan dan dicapai semula.
Pemberian markah juga tidak prejudis.
Penilaian
berteraskan teknologi seperti ini mudah menyampaikan ujian kepada ramai
pengguna dalam masa yang singkat, dan boleh mengemukakan maklumat analisis
penilaian untuk panduan membuat keputusan. Seterusnya, dapat mengurangkan kos
tadbir ujian dengan menggunakan kaedah ujian dalam talian. Hal ini meningkatkan
penerimaan dan kepuasan calon dalam memenuhi keperluan kaedah ujian dan
penilaian masa hadapan.
Namun penilaian
berteraskan teknologi memerlukan guru dan pelajar memiliki pengetahuan dan
kemahiran ICT.Mereka perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer
bagi memastikan komputer dan pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.Kaedah
ini juga memerlukan kebolehan menggunakan alat pengarangan ujian.Laporan
keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar pelajar kerana mereka tidak
mengetahui cara pengiraan manual dan bergantung kepada keputusan alat
elektronik.
No comments:
Post a Comment