Pengenalan
Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah
rendah adalah satu konsep pembelajaran yang baru tetapi di negara lain
contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan
Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan Siti (Aminah Khasiman, 2013).
Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan
internet yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan
mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua
ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya perlu ada
komputer dan boleh mengakses secara atas talian (on-line) dari mana-mana
tempat. Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar
pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam
perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan
mereka.
VLE atau Virtual
Learning Environment adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran
yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian
Internet. Ia juga boleh dikatakan sebagai School
Community Environment disebabkan ibu bapa boleh mengakses apa jua hal-hal
berkaitan pendidikan di sekolah. Frog VLE merupakan satu projek Transformasi
sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh KPM di bawah Projek 1BestariNet
mulai tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah-sekolah dilengkapi dengan
penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya
pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini persekolahan
murid-murid menerusi capaian Internet.
Bayangkan
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai internet, bilik darjah
Online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia
adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan
dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh,
guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para
pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi
melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak
pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui
Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya
sambungan Internet.
Frog VLE adalah
platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan,
selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod
pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan
kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan
kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk
Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan
pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama
rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan
untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau
Asia.
Selain
teknologi, penekanan turut diberi kepada
usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog
sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara
keseluruhannya.
Perlaksanaan FROG VLE
Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Frog
VLE. Frog VLE dibina supaya dapat meluaskan jaringan hubungan dari kalangan
ibubapa, guru dan pelajar. Tujuan utama untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta dapat bersaing dalam ekonomi
global yang berasaskan pengetahuan, kemahiran dan aspirasi. Frog VLE
menyediakan guru dengan aplikasi yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti
merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalender akademik.
Hubung dan kolaborasi:
Frog VLE juga menghubungkan para
pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta
berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan:
Oleh kerana Frog adalah
berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila
masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan,
beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian:
Sistem Frog yang mudah digunakan
membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video,
imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa
perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber
pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran
berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti:
Frog mempunyai rekod
pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United
Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan
dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah
Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran
dan pembelajaran.
Isu Persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE)
Perlaksanan
projek 1BestariNet ini memberi sokongan kepada guru-guru dengan menyediakan
aplikasi yang menarik dan bersesuaian untuk diakses. Laman Komuniti Frog dalam
Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada
guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku
panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan
kemahiran baru Frog VLE . Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan
idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan
bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh
mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan
sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar
mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut
menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk
golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses
melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh
Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di
kalangan sesama pelajar. Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan
untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video,
permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain
di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersembang dengan
rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu
bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan
pendapat pelajar itu sendiri.
Kesimpulan
Inisiatif Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam memperkenalkan Persekitaran Pembelajaran Maya ini perlu disokong
oleh semua pihak terutamanya di kalangan guru. Pembangunan ICT yang
diketengahkan dalam bentuk pembelajaran ini memberi banyak manfaat untuk
memudahkan komunikasi di kalangan semua pihak yang terlibat sama ada ibu bapa,
guru atau pelajar. Pendekatan yang digunakan dalam mengakses laman ini memberi
peluang kepada ibubapa memberi respon sama ada komen atau cadangan dalam
satu-satu program sekolah terbuka luas. Maklumbalas yang diterima boleh
digunapakai demi meningkatkan kualiti dan impak kepada semua pelajar. Disamping
itu, para pelajar pula semakin cekap dalam penggunaan aplikasi sistem ICT. Ini
adalah selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan aspirasi serta pelan
pembangunan dalam menuju negara maju. Maklumat di hujung jari , menerusi
persekitaran pembelajaran maya (FROG VLE )ini dapat direalisasikan dengan
mantap melalui media pengantaraan yakni keberkesanan komunikasi seorang guru.
Justeru itu kemahiran komunikasi guru perlu digilap dan dipertingkatkan dalam melahirkan
generasi yang bijak ICT serta dapat mencapai objektif sesebuah sekolah. Ini
juga membantu dalam membentuk modal insan yang berketrampilan dan berdaya
saing.
No comments:
Post a Comment