Wednesday, 30 December 2015

SME 6044 : ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Blog ini merupakan salah satu tugasan dalam subjek SME 6044, di bawah bimbingan Y.M. Raja Lailatul Zuraida Binti Raja Maamor Shah. Isu-isu kontemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Kursus ini juga akan mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan trend di dalam pendidikan matematik.

Monday, 7 December 2015

PENGGUNAAN TEKNOLOGI (FROG VLE)



Pengenalan

Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan diamalkan Siti (Aminah Khasiman, 2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara atas talian (on-line) dari mana-mana tempat. Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.
VLE atau Virtual Learning Environment adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian Internet. Ia juga boleh dikatakan sebagai School Community Environment disebabkan ibu bapa boleh mengakses apa jua hal-hal berkaitan pendidikan di sekolah. Frog VLE merupakan satu projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh KPM di bawah Projek 1BestariNet mulai tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah-sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini persekolahan murid-murid menerusi capaian Internet.
 Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai internet, bilik darjah Online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut  bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia.
Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu  peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.


Perlaksanaan FROG VLE

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Frog VLE. Frog VLE dibina supaya dapat meluaskan jaringan hubungan dari kalangan ibubapa, guru dan pelajar. Tujuan utama untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta dapat bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan, kemahiran dan aspirasi. Frog VLE menyediakan guru dengan aplikasi yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalender akademik.

Hubung dan kolaborasi:
Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.



Belajar di luar sempadan:
Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian:
Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti:
 Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.


Isu Persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE)

Perlaksanan projek 1BestariNet ini memberi sokongan kepada guru-guru dengan menyediakan aplikasi yang menarik dan bersesuaian untuk diakses. Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku  panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog VLE . Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan  berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah  portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama  pelajar. Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan  pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersembang dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat pelajar itu sendiri.
 
Kesimpulan
Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan Persekitaran Pembelajaran Maya ini perlu disokong oleh semua pihak terutamanya di kalangan guru. Pembangunan ICT yang diketengahkan dalam bentuk  pembelajaran ini memberi banyak manfaat untuk memudahkan komunikasi di kalangan semua pihak yang terlibat sama ada ibu bapa, guru atau pelajar. Pendekatan yang digunakan dalam mengakses laman ini memberi peluang kepada ibubapa memberi respon sama ada komen atau cadangan dalam satu-satu program sekolah terbuka luas. Maklumbalas yang diterima boleh digunapakai demi meningkatkan kualiti dan impak kepada semua pelajar. Disamping itu, para pelajar pula semakin cekap dalam penggunaan aplikasi sistem ICT. Ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan aspirasi serta pelan pembangunan dalam menuju negara maju. Maklumat di hujung jari , menerusi persekitaran pembelajaran maya (FROG VLE )ini dapat direalisasikan dengan mantap melalui media pengantaraan yakni keberkesanan komunikasi seorang guru. Justeru itu kemahiran komunikasi guru perlu digilap dan dipertingkatkan dalam melahirkan generasi yang bijak ICT serta dapat mencapai objektif sesebuah sekolah. Ini juga membantu dalam membentuk modal insan yang berketrampilan dan berdaya saing.

Sunday, 6 December 2015

PENILAIAN BERASASKAN TEKNOLOGI



Jenis Bahan Dan Kelengkapan Dalam Penilaian Teknologi
            Kurikulum yang berorientasikan teknologi sering dikaitkan dengan hardware seperti televisyen, projektor, model dan komputer, dan perisian seperti video kaset, carta, peta, gambar dan buku kerja. Penggunaan peralatan dan bahan ini penting tetapi bukannya syarat kepada kurikulum berorientasikan teknologi. Peralatan dan bahan ini dianggap sebagai kelengkapan yang boleh memaksimumkan keadaan dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Bagi pendidik berorientasikan teknologi, peralatan dan bahan ini adalah pembantu. Peralatan Membantu pengajaran dan pembelajaran telah digunakan sejak manusia mula belajar tetapi peralatan bertambah canggih sehingga ramai guru terkeliru dengan cara penggunaannya. Pada pandangan segelintir guru, kurikulum yang berorientasikan teknologi ialah kurikulum yang menggunakan banyak perlatan, terutamanya berbentuk hardware. Oleh yang demikian dalam kurikulum berorientasikan teknologi, beberapa pilihan harus ada bagi pencapaian objektif oleh setiap pelajar dalam pelbagai situasi.
            Selain penyediaan hardware, tumpuan juga harus diberi kepada penyediaan program. Dalam penyediaan program, pendidik memberi tumpuan kepada organisasi masa,bahan, peralatan, pelajar dan situasi pembelajaran. Sekiranya pembelajaran itu secara individu, maka organisasinya disesuaikan untuk memaksimumkan pembelajaran individu. Ini dapat dilihat dalam individual instruction apabila computer digunakan. Dalam mastery learning pula, penumpuan diberikan kepada pembelajaran berkumpulan. Bagi menolong pelajar selepas maklum balas tentang kelemahan pembelajaran diperolehi, melalui ujian formatif, beberapa pemulihan dicadangkan. Antara cara-cara ini ialah penggunaan buku teks, buku dan bacaan tambahan, pengajaran melalui kumpulan rakan sebaya dan ulangkaji luar.
            Walaupun pelajar tidak menjadi tumpuan di bawah konsep kurikulum berorientasikan teknologi, pelajar mengetahui maklumat tentang tahap penguasaan mereka. Ini bermakna ujian mempunyai peranan penting. Maklumat daripada ujian berterusan dijadikan asas kepada pembelajaran seterusnya. Dalam perspektif inilah kita dapat menyatakan bahawa peralatan sama ada yang terdiri daripada hardware mahupun perisian ialah perkara kedua dari segi kepentingannya. Penggunaan perlatan hanya bermakna apabila memerlukan sahaja. Peralatan yang digunakan dalam sesuatu program tidak mengambil kira penyusunan isi pembelajaran dan faktor pembelajaran tidak dapat dikatakan sebagai teknologi pembelajaran dan kurikulumnya tidak boleh diterima sebagai kurikulum berorientasikan teknologi.
Sistem Penilaian Berasaskan Web
            Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dapat mengumpul maklumat-maklumat yang sah dan boleh dipercayai tentang prestasi murid secara berterusan. Maklumat-maklumat ini hanya dapat diperolehi apabila guru mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan dan penilaian bertulis tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid. Dalam kajian Hamsiah Mohd Dahalan, melaporkan proses dan hasil dapatan kepada penilaian formatif  sistem pengurusan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (e-SP4), yang mana Internet telah digunakan sebagai medium pentaksiran. Terdapat empat jenis penilaian yang telah diguna pakai dalam kajian ini iaitu: penilaian rujukan pakar, penilaian satu-ke-satu, penilaian kumpulan kecil dan penilaian kumpulan kajian lapangan.
Pentaksiran berasaskan web merangkumi penggunaan komputer dan Internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknologi digital digunakan dalam semua kegiatan-kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran pentaksiran, penandaan oleh komputer dan alat-alat atas talian, dan semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah.
Pentaksiran merupakan pusat kepada pengajaran dan pembelajaran. Ia mengukur sejauh mana keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Amalan pengurusan pentaksiran sesebuah sekolah itu mempengaruhi penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Oleh itu sekolah harus mendapatkan strategi pentaksiran yang baik bagi memastikan semua pembelajaran murid dapat ditaksir dengan sebaik-baiknya. Pentaksiran berasaskan web ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan yang berkesan. Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan murid dan dapat menanamkan keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta merta. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang berkesan. Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa, memudahkan menanda dan penjimatan ruang penyimpanan. Dengan menggunakan komputer, guru akan mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Panduan Membina Soalan Dalam Penilaian
            Pembelajaran adalah proses yang melibatkan kognitif, emosi dan tingkahlaku. Maka penilaian perlu meliputi semua domain tersebut. Murid memerlukan rangsangan yang berkesan untuk bertindak balas dalam bentuk tingkah laku dan pemikiran. Rangsangan juga membantu murid mengingat dan membentuk kefahaman. Tindakbalas murid terhadap rangsangan adalah pengalaman dan pengalaman adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Jadual 1 menunjukkan aras kesukaran soalan yang boleh digunakan dalam penilaian berasaskan teknologi. Sebagai contoh dalam topik pengiraan statistik, kaedah penilaian tradisional melibatkan kaedah jalan kerja yang panjang, manakala dengan kaedah teknologi menggunakan Microsoft Excel, pengiraan statistik menjadi lebih mudah. Oleh itu, aras kesukaran soalan yang diberikan harus berbeza. Hal ini kerana penggunaan teknologi memudahkan pencarian jawapan. Oleh itu, bentuk soalan aras tinggi perlu diberikan lebih banyak jika menggunakan penilaian berasaskan teknologi.



Pelbagai Pilihan Kaedah Tradisional
Konstruk Angka Kaedah Teknologi
Pilihan BETUL / SALAH
Jawapan pendek melengkap ayat
Pilihan BETUL / SALAH dengan penjelasan
Melengkap jadual matrik
Pelbagai pilihan dengan pelbagai media
gangguan
Pelbagai pilihan terbuka

Pelbagai jawapan
Membina kiasan
Melengkap kenyataan
Membina peta konsep
Mengkategori
Esei
Pilihan gantian
Projek
Menyusun hierarki
Demonstrasi
Membina bukti
Temuduga
Menyisip
Diagnosis
Melukis figura/kiasan
Membetul Soalan
Jadual 1: Perbezaan Aras Kesukaran Soalan
 MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH – EBA1053
Kelebihan dan Kelemahan Menggunakan Teknologi Dalam Penilaian
            Dalam menggunakan penilaian berasaskan teknologi, pelajar boleh melaksana kiraan Matematik dengan cepat dan tepat. Paparan visual lebih statik dan dinamik. Peranan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang diperlukan adalah lebih baik. Penggunaan teknologi juga boleh mengenalpasti pengguna yang sah dan tidak sah melalui kata laluan.Selain itu, teknologi ini mampu mewujudkan persekitaran interaktif melalui maklum balas. Keputusan penilaian juga dapat diproses dengan tepat dan cepat. Tambahan pula, paparan pelbagai format keputusan seperti teks, graf, suara dan jadual adalah lebih jelas dan menarik. Keputusan penilaian berasakan teknologi juga mudah disimpan dan dicapai semula. Pemberian markah juga tidak prejudis.
            Penilaian berteraskan teknologi seperti ini mudah menyampaikan ujian kepada ramai pengguna dalam masa yang singkat, dan boleh mengemukakan maklumat analisis penilaian untuk panduan membuat keputusan. Seterusnya, dapat mengurangkan kos tadbir ujian dengan menggunakan kaedah ujian dalam talian. Hal ini meningkatkan penerimaan dan kepuasan calon dalam memenuhi keperluan kaedah ujian dan penilaian masa hadapan.
Namun penilaian berteraskan teknologi memerlukan guru dan pelajar memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT.Mereka perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer bagi memastikan komputer dan pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.Kaedah ini juga memerlukan kebolehan menggunakan alat pengarangan ujian.Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar pelajar kerana mereka tidak mengetahui cara pengiraan manual dan bergantung kepada keputusan alat elektronik.