FAKTOR
PERTAMA : LOKALITI ( BANDAR DAN LUAR BANDAR )
Laporan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2004)
yang telah dijalankan mendapati pelajar sekolah menengah mencatatkan tahap
kelulusan sederhana dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dengan kelemahan
ketara dikesan di sekolah luar bandar. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Ahamad Sipon, perbandingan prestasi mengikut lokasi juga telah mendapati
pelajar sekolah menengah (tingkatan satu dan dua) serta sekolah rendah (tahun
satu dan dua) di kawasan bandar mengatasi luar bandar dalam pencapaian
kedua-dua mata pelajaran berkenaan (Syuhada, 2005).
Tiga
aspek utama yang menjadi jurang pencapaian matematik pelajar adalah dari segi
lokaliti adalah kemudahan infrastruktur, sumber manusia dan bahan rujukan yang
berbeza di bandar dan di luar bandar bagi setiap sekolah rendah.
Di
Sabah dan Sarawak, masih terdapat banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai
infrastruktur jalan raya yang baik, bekalan air, bekalan elektrik dan juga
pengangkutan awam. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2006), kemudahan
infrastruktur di sekolah bandar adalah jauh lebih baik dan lengkap daripada
sekolah di luar bandar. Ketiadaan
pengangkutan awam yang tetap menjejaskan perjalanan pelajar ke sekolah kerana
perkhidmatan pengangkutan hanya beroperasi waktu pagi sahaja,
Selain
itu, ketiadaan bekalan elektrik telah menyebabkan masa pelajar untuk
mengulangkaji terhad di mana mereka hanya boleh membuat ulangkaji pada waktu
pagi sahaja. Masalah bertambah buruk apabila mereka terpaksa menghabiskan masa
untuk mendapatkan bekalan air demi keperluan asas mereka.
Petikan daripada Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) menyatakan bahawa seramai 190,336
orang guru di sekolah rendah di Malaysia. Daripada jumlah ini, 15 444 guru di
sekolah rendah ialah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru dalam latihan
dan guru sambilan atau sementara. Oleh yang demikian, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menghadapi kesukaran dalam menempatkan guru-guru
terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi mata pelajaran yang kritikal
seperti Sains dan Matematik di kawasan luar bandar dan pedalaman. Selain itu juga, bilangan pelajar dan guru
yang sedikit menyebabkan pencantuman kelas atau multigrade teaching iaitu mengajar
sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan dilaksanakan.
Hal ini menyebabkan para pelajar sukar dan memerlukan masa untuk menyesuaikan
diri dengan teknik pengajaran guru yang berbeza-beza mengikut keperluan mereka.
Kemudahan
bahan rujukan juga merupakan salah satu masalah utama. Kelengkapan yang baik
dalam aspek ini boleh membantu peningkatan akademik pelajar. Peruntukan yang
rendah juga menyebabkan peningkatan kualiti seperti pembelian buku-buku dan
lain-lain kemudahan menyukarkan aktiviti tersebut dilakukan. Perkongsian
buku-buku dan bahan-bahan rujukan justeru dapat mengurangkan kekangan
kekurangan bahan rujukan dan buku-buku pada sekolah-sekolah yang terlibat.
PERBANDINGAN
PENCAPAIAN MATEMATIK
FAKTOR
KEDUA : GAYA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU
Gaya pengajaran dan
pembelajaran guru juga mempengaruhi pencapaian Matematik pelajar. Guru harus
cemerlang PdP untuk menghasilkan murid yang cemerlang akademik dan berprestasi
tinggi
Pengajaran
ialah satu proses memindahkan ilmu, memperkembang potensi individu dan membolehkan
individu mengaplikasikan ilmu serta menyumbangkan kepada keharmonian agama,
keluarga dan masyarakat
Pembelajaran ialah satu
aktiviti mencerap ilmu, menyimpan ilmu, mencanai ilmu dan menyatakan
ilmu dalam bentuk penulisan dan lisan.
Kementrian Pelajaran Malaysia telah mengadakan
banyak kursus agar guru sentiasa bersedia mengajar dengan menarik dan berkesan. Bagaimana menjadi PdP
menarik dan berkesan? Guru perlu mengajar menggunakan 6 komponen pengajaran
dalam bilik darjah iaitu induksi, kandungan, aktiviti, penilaian, pengayaan,
pengukuhan & pemulihan serta perkembangan.
Tidak
cukup jika guru hanya mengajar mengikut 6 komponen tadi. Guru juga harus
menghasilkan pembelajaran yang menarik minat dengan mengadakan projek, kuiz,
permainan, cerita, lagu atau ujikaji. Aktiviti-aktiviti tersebut secara tidak
langsung, akan menarik minat murid untuk mengikuti PdP kita sehingga selesai.
PdP yang cemerlang juga haruslah mempunyai ciri-ciri
berikut :
1. Penyampaian dan
perkembangan pelajaran.
2. Teknik penyoalan guru
3. Penglibatan pelajar.
4. Peneguhan.
5. Pengiktirafan.
6. Latihan dan tugasan.
PdP yang kurang cemerlang sudah semestinya mengakibatkan
:
- Objektif PdP tidak tercapai.
- Hilang fokus dalam bilik darjah.
- Pelajar tidak minat belajar.
- Pelajar bosan hadir ke sekolah.
- Gagal membentuk sahsiah pelajar.
- Masalah disiplin pelajar.
- Pelajar gagal dalam peperiksaan atau penilaian.
FAKTOR
KETIGA : MOTIVASI DAN KEYAKINAN PELAJAR
Motivasi dan keyakinan diri
pelajar juga mempengaruhi jurang pencapaian Matematik. Guru di sekolah
memainkan peranan penting dalam menyerapkan motivasi intrinsik pelajar agar
keseronokan belajar di sekolah itu timbul dengan sendirinya.
Hanya
peratusan kecil pelajar yang datang ke sekolah dengan keinginan untuk belajar.
Sebaliknya, ramai pula yang datang sekolah pada setiap hari kerana ibu bapa
mereka yang memaksa mereka untuk berbuat demikian.
Bagaimana guru boleh membantu meningkatkan motivasi dan
keyakinan pelajar? Di sini, guru harus bertindak sebagai penjaga pelajar di
sekolah. Berikut adalah 5 perkara yang perlu guru lakukan di sekolah :
1. SELIDIK BAGAIMANA
UNTUK MELAKUKAN
Untuk
membantu memberi motiva si kepada para pelajar, guru boleh agihkan kaji selidik
yang ringkas. Kaji selidik ini meminta mereka nyatakan:
a) Apa yang mereka
mahu belajar
b) Apa yang mereka
telah belajar
c) Apa yang guru
boleh lakukan untuk menjadikan pembelajaran
di kelas supaya menjadi lebih menarik.
Walaupun
kita mempunyai kekangan masa kerana mengejar silibus dan atas kesibukan
lain-lain tugasan, carilah masa untuk mengusahakannya kerana ia memberi banyak
manfaat kepada kita. Soal selidik sebegini dapat membantu kita untuk memikirkan
bagaimana untuk merangka P&P dengan lebih berkesan.
2.
WUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN
v Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan
menarik untuk pelajar.
v Guru perlu menggariskan pencapaian yang diharapkan
daripada pelajar dengan jelas.
v Beri peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
sejajar dengan kemampuan pelajar.
v Galakkan pelajar untuk menerima kesilapan sebagai sesuatu
yang normal dan juga mengambil pengajaran daripadanya.
3.
HORMATI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU
Galakkan sekolah untuk
mementingkan prinsip kesamaan
antara pelajar. Semua pelajar perlu dipertimbangkan sama rata, tanpa mengira
umur, bangsa, kepercayaan agama, kepercayaan budaya dan tahap keupayaan mereka.
Jika semua pelajar merasakan mereka dilayan sama rata, mereka akan lebih
bermotivasi untuk belajar.
Pelajar akan terpupuk
motivasi intrinsik untuk belajar apabila mereka merasa dihormati oleh guru-guru
dan kakitangan sekolah. Seterusnya, dia akan bekerja lebih keras untuk mencapai
matlamat yang guru-guru dan sekolah telah garis dan sasarkan.
4.
BINA DAN GALAKKAN SISTEM SOKONGAN DI SEKOLAH DAN DI RUMAH
Hubungan dua hala antara
pelajar dan guru, dan juga antara pelajar dengan keluarganya juga mempengaruhi
motivasi intrinsik. Apabila pelajar mempunyai sistem sokongan yang kukuh di
rumah dan di sekolah, mereka sentiasa mendapat dorongan sewajarnya. Ini akan
membantu mereka menjadi pelajar berprestasi tinggi.
Kebanyakan
pelajar berminat untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang yang bermakna dalam
hidup mereka. Jika orang-orang ini mengambil sikap sambil lewa terhadap
pendidikan, pelajar pun akan mengambil sikap yang sama.
Pelajar-pelajar
sekolah rendah biasanya akan melakukan sesuatu untuk ibu bapa dan guru-guru
mereka tanpa banyak masalah. Walau bagaimanapun, apabila pelajar itu meningkat
dewasa, ia sudah mempunyai rangkaian sosial yang agak luas. Secara
beransur-ansur, ibu bapa dan guru-guru akan digantikan oleh rakan-rakan
pergaulan mereka.
Remaja
lebih mudah terpengaruh dengan rakan sepergaulan dan juga tunduk dengan mudah
kepada cadangan dan pandangan rakan-rakan mereka. Maka dengan itu, guru-guru
sekolah menengah dicadangkan untuk mewujudkan hubungan yang kuat di antara
pelajar mereka. Ini dapat membantu untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk
melibatkan diri dalam perlakuan yang membawa kepada pencapaian akademik yang
baik.
5.
GALAKKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Guru
juga boleh wujudkan dan galakkan peluang kepada pelajar untuk bekerjasama di
antara satu sama lain. Kerjasama di dalam sesuatu kumpulan mampu untuk
meningkatkan tahap penglibatan pelajar terhadap pembelajaran.
Ada
pelbagai manfaat yang diperolehi apabila pelajar bekerjasama di dalam satu
kumpulan. Antara lain, ia menggalakkan percambahan idea, sokong-menyokong
antara satu sama lain dan juga suasana yang seronok untuk belajar di samping
rakan sebaya.
FAKTOR KEEMPAT : PRESTASI SEKOLAH
Prestasi sekolah berkaitan dengan suasana sekolah dan persekitaran sesebuah sekolah. Kebiasaannya sekolah yang berprestij tinggi mempunyai persekitaran dan suasana yang lebih baik untuk sesi pembelajaran pelajar. Hal ini kerana prestasi sekolah berkaitan dengan pendidikan nilai dan pembinaan watak seseorang pelajar.
Pendidikan nilai di
sekolah berkaitan dengan pembinaan karakter atau watak baik dari segi sivik,
moral dan sebagainya. Menurut Kamaruddin M. Said (2005), dalam Amanat Presiden
di hadapan pemimpin dan ahli UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 5 Februari
2005, Y.A.B. Perdana Menteri menyatakan bahawa pembinaan watak baik adalah amat
konsisten dan sesuai dengan pembangunan modal insan.
Pendidikan nilai
adalah keperluan sepanjang masa, kekal atau abadi, bagi semua masyarakat dan
budaya (Davidson, 2005), dan rasa bimbang masyarakat terhadap watak golongan
remaja dan belia adalah kes bagi membangkitkan pendidikan nilai. Seperti
dinyatakan oleh Lapsley dan Power (2005), kebangkitan pendidikan nilai sering
kali mengiringi zaman perubahan atau peristiwa ‘malapetaka’ dalam masyarakat.
Dengan pendidikan
nilai yang bagus, dapat membantu murid mengembangkan potensi mereka untuk
sentiasa positif untuk belajar dan berwatak baik. Prestasi sekolah yang tinggi
selalunya melibatkan lebih banyak aktiviti, program dan projek yang relevan dan
menyumbang kepada pembinaan watak para pelajar. Nilai pendidikan sekolah
berprestij tinggi merupakan pengerak utama dalam sistem pendidikan.
Oleh itu, nilai
pendidikan yang ditampilkan oleh sekolah berprestij berkaitan dengan isu
intergriti untuk pencapaian sekolah yang cemerlang. Maka pihak sekolah akan
lebih berusaha membantu murid membuat pertimbangan yang baik dan bertindak
sewajarnya terhadap tingkahlaku pelajar seperti salah benar, serta baik jahat.
Natijahnya, prestasi
sekolah yang baik akan membuat pelajar bersaing secara sihat dan lebih berusaha
untuk mencapai pencapaian yang lebih baik dalam akademik terutama dalam bidang
Sains dan Matematik yang seringkali dikatakan susah.
RUJUKAN
Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013). Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Diperolehi pada 14
Oktober 2015 daripada
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-
BM.pdf
Muhamad
Khairi (2008) Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran. Diperolehi pada 12 Oktober 2015 daripada http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm
Sektor
Pengurusan Akademik JPN Pahang (5 Jan 2013) Pengajaran
dan Pembelajaran yang Cemerlang. Diperolehi pada 14 Oktober 2015 daripada http://www.slideshare.net/spajpnp/pdp-cemerlang
No comments:
Post a Comment