Sunday, 15 November 2015

PENDEKATAN PENGAJARAN



Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme
            Pendekatan konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Pendekatan pengajaran ini memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran.
            Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi melalui pengalaman pancaindera ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam mental murid.
            Penekanan ditumpukan kepada keperluan murid untuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep. Peranan utama dalam pengajaran bukanla penyampaian pelajaran, penerangan ataupun “perpindahan” pengetahuan kepada pelajar, tetapi merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar membina konsep mental yang diperlukan. Pendekatan ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara pembinaan murid sendiri melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
            Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil daripada usaha murid itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator ataupun pembimbing. Lima fasa yang sepatutnya guru amalkan jika menggunakan pendekatan pengajaran konstruktivisme ialah ;
  • Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
  • Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya.
  • Guru membimbing murid menstrukturkan semula idea.
  • Guru memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kesahihannya.
  • Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea yang baru diperoleh.
Laporan Video Pengajaran
Topik              :           Purata
Nama Guru     :           Cikgu Norfaizah binti Ismail

·         Murid memberi salam sejurus selepas guru masuk ke kelas.
·         Guru meminta murid membacakan doa belajar bersama-sama.

Set Induksi :
  • Tiada

Langkah 1 :
Penerangan konsep purata dan rumus purata
Tempoh masa           : 8 minit
·         Guru menggunakan 3 bekas yang berisi bilagaan peket biskut yang tidak sama banyak. Bekas A = 7 peket, bekas B = 5 peket, bekas C = 6 peket. Jumlah peket biskut kesemuanya ialah 18 peket.
·         Meminta tiga orang murid mengira bilangan peket biskut dalam setiap bekas. Murid menyatakan bahawa bilangan setiap bekas tidak sama/ tidak sama rata.
·         Untuk jadikan bilangan peket biskut sama dalam setiap bekas, seorang murid diminta untuk mengagihkan peket biskut tersebut dalam setiap bekas satu per satu.
·         Setelah selesai, murid mengira bilangan peket biskut dalaam setiap bekas. Murid dapat jawapan 6 peket biskut dalam setiap bekas.
·         Guru mengulang langkah tersebut dengan menggunakan 2 bekas sahaja dan 18 peket biskut.
·         Sekali lagi seorang murid dipilih untuk melakukan aktiviti yang sama. Murid tersebut mendapat jawapan 9 peket dalam setiap bekas setelah dibahagi sama rata.
·         Guru menerangkan bahawa,
Jumlah biskut = jumlah kuantiti
Bilangan bekas = bilangan kuantiti
            Oleh itu, rumus purata ialah,
                       

Langkah 2 :
Aktiviti Kumpulan   : Memahami konsep purata
Tempoh masa           : 14 minit

·         Murid dibahagikan kepada empat kumpulan di mana satu kumpulan terdiri daripada 8 orang murid.
·         Guru memberikan tiga bekas yang berisi pembilang kepada setiap kumpulan.
·         Guru meminta murid mengira bilangan pembilang dalam setiap bekas. Bekas A : 12 pembilang, bekas B : 11 pembilang dan bekas C : 7 pembilang.
·         Murid diminta mengira jumlah pembilang dan membahagikan sama rata ke dalam ketiga-tiga bekas untuk mendapatkan purata. Murid mendapat jawapan 10 pembilang.
·         Guru menerangkan, jika menggunakan rumus purata, 30 ÷ 3 = 10.
·         Aktiviti ini diulang sebanyak dua kali dengan jumlah pembilang yang berbeza pula.
·         Kemudian, guru menggunakan dua bekas sahaja. Di mana, bekas A : 16 pembilang dan bekas B : 5 pembilang.
·         Aktiviti menggunakan dua bekas ini diulang sebanyak dua kali juga.

Langkah 3 :
Mengingat dan menyebut semula rumus purata.
Tempoh Masa           : 10 minit

·         Melalui aktiviti tadi, guru mengingatkan semula tentang rumus purata.
·         Wakil kumpulan diminta bertanya tentang rumus purata kepada wakil kumpulan lain. Contoh : “Azlina, apakah rumus purata?”
·         Aktiviti ini diteruskan sehingga guru berpuas hati.

Langkah 4 :
Kuiz dalam kumpulan menggunakan rumus purata.
Tempoh Masa           : 10 minit
·         Guru menyediakan papan markah dengan melakarkannya di papan putih.
·         Murid yang cepat menjawab, boleh angkat tangan untuk menyebut jawapannya secara lisan. Murid mengira dalam buku tulis. Kumpulan yang betul akan mendapat markah.
·         Soalan diberi oleh guru secara lisan sahaja.

Langkah 5 :
Pemberian Kerja Rumah
Tempoh masa           : 5 minit

·         Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan di rumah kepada murid.

Penutup
Soal jawab
Tempoh Masa           : 2 minit

·         Guru mengingatkan semula tentang rumus purata.
·         Murid diminta untuk menyebut semula rumus purata.

No comments:

Post a Comment